UNIT
7: PENGURUSAN
7.1
PENGURUSAN SISTEM FAIL.
Komoditi
utama bagi satu sistem komputer adalah maklumat. Aturcara
sistem, penterjemah,
utiliti, pengawal dan kerja
pengguna sama ada ianya di dalam bentuk aturcara sumber, kod objek atau gabungan data, semuanya adalah sebahagian dari keseluruhan
maklumat yang perlu diproses dan disimpan oleh sistem komputer.
7.2 Objektif Pengurusan Fail.
Ø Membenarkan
fail dicipta dan dipadam.
Ø Membenarkan
fail dibaca dan ditulis.
Ø
Menyediakan
pengurusan ruang ingatan sekunder (di luar pengetahuan pengguna).
Ø
Merujuk
fail dengan nama simbolik. (pengguna tidak perlu tahu kedudukan fizikal fail)
Ø
Melindungi
fail daripada kecacatan system.
Ø
Membenarkan
perkongsian fail tetapi juga melindungi fail daripada dicapai oleh penggu na yang tidak berkenaan.
Ø
Transmisi
di antara ingatan utama dan sekunder.
7.3 KONSEP DAN REKABENTUK
7.3.1 Direktori Fail
Masalah yang utama dalam pengurusan fail adalah untuk memetakan nama fail kepada lokasi fizikalnya dalam peranti fail. Penyelesaian bagi masalah ini dapat dicapai dengan menggunakan direktori fail
Terdapat tiga jenis direktori :
1. satu paras
2. dua paras
3. multi-paras
Tiap-tiap pengguna akan disediakan dengan satu direktori fail pengguna (DFP).
Maklumat-maklumat yang disimpan dalam DFP ialah :
1. nama-nama fail
2. lokasi fizikal fail di dalam peranti fail
3. jenis-jenis fail
4. maklumat-maklumat pemeliharaan
5. maklumat-maklumat pentadbiran (masa terakhir fail dikemaskinikan)
7.3.2 Peranti
Fail
Fail disimpan dengan menggunakan storan bantuan. Storan bantuan yang boleh menyimpan fail dikenali sebagai peranti fail. Beberapa contoh peranti fail ialah pita bermagnet, cakera floppi, cakera lembut dan drum. Dalam peranti fail, terutamanya peranti bait seperti pita bermagnet, fail disimpan sebagai gabungan bait-bait tersebut secara berturutan dimulakan dengan satu pemula fail.
7.3.3 Storan
Fail
Satu fail biasanya menggunakan lebih daripada satu blok storan bantuan. Ini bererti beberapa blok perlu dirantaikan untuk membentuk satu fail. Tiga cara yang boleh digunakan :
Ø Blok
Berpaut
Ø Peta
Fail
Ø Indeks
Blok
7.3.4 Blok Berpaut
Penggunaan blok berpaut bermakna setiap blok yang digunakan untuk membentuk satu fail dihubungkan antara satu dengan lain dengan menggunakan satu penunjuk. Penunjuk bagi fail tersebut dalam DFP akan dihubungkan kepada blok pertama di dalam suatu rantaian.
Masalah bagi cara ini ialah banyaknya capaian cakera yangperlu dilakukan bagi mencari akhir fail seperti hendak menghapuskan fail, perlukan maklumat yang jelas mengenai kedudukan awal dan akhir fail.
7.4
Organisasi Ingatan Sekunder
Peta
Fail
Penggunaan cara ini adalah hubungan di antara blok-blok yang membentuk fail direkodkan dengan menggunakan peta fail yang biasanya dikenali sebagai jadual penyediaan fail (JPF). Penunjuk bagi fail di dalam DFP akan dihubungkan kepada lokasi di dalam peta fail yang mewakili blok pertama yang digunakan untuk membentuk fail tersebut. Blok akhir dinyatakan dengan menggunakan penunjuk kosong.
Indeks
Blok
Cara yang ketiga adalah menghubungkan semua blok yang
digunakan kepada indeks blok. Penunjuk
fail dalam DFP akan dihubungkan kepada indeks blok tersebut
Struktur Inode
Inode berada di dalam
keadaan statik di dalam cakera dan kernel akan
menyimpannya di dalam ingatan utama apabila fail itu
perlu digunakan bagi sesuatu proses semasa.
Inode cakera ini
mengandungi maklumat-maklumat berikut :
1. identiti
tuanpunya fail
2. jenis
fail
1. Kebenaran
capaian fail
2. Masa
fail dicapai
3. Bilangan
pautan fail
4. Jadual kandungan alamat cakera bagi fail
5. Saiz
fail
Inode ingatan utama pula mengandungi maklumat-maklumat
tambahan yang berikut :
1. status inode
2. nombor
peranti logikal bagi sistem fail yang menyimpan fail berkenaan.
3. Nombor
inode
4. Penunjuk
kepada inode lain
5. Bilangan
rujukan
No comments:
Post a Comment