Tuesday, 13 November 2012


UNIT 13 :  REKABENTUK MODEL PANGKALAN DATA RANGKAIAN

13.0    Pengenalan
Semasa mengkaji model pangkalan data hierarki, satu masalah telah timbul iaitu tidak dapat mewakilkan hubungan banyak ke banyak (M:M). Ianya tidak mengikut piawaian industri. Keadaan ini telah menggalakkan semangat untuk membangunkan teknologi pangkalan data dan model data. Pada akhir 1960an sebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk COBOL , Conference of Data System Language (CODASYL) telah memperkenalkan Database Task Group (DBTG) untuk mengkaji piawaian DBMS.

13.1    Rekabentuk pangkalan data rangkaian
Dalam model rangkaian, rekod paras bawah dikenali sebagai rekod ahli dan boleh dihubungkan kepada satu atau lebih bapa yang dikenali sebagai pemilik. Hubungan ini dikenali sebagai set. Satu set menunjukkan perhubungan satu ke banyak di antara rekod-rekod.

Merujuk pada contoh model pangkalan data rangkaian pada rajah 13.0, jenis rekod adalah SALESREP, CUSTOMER, PRODUCT, INVOICE, PAYMENT dan INV_LINE. INVOICE menjadi rekod ahli pada dua pemilik SALESREP dan CUSTOMER. Rekod INV_LINE juga mempunyai dua pemilik iaitu PRODUCT dan INVOICE. Hubungan oleh satu pemilik juga boleh dimasukkan dalam model rangkaian. Hubungan ini adalah antara CUSTOMER dan PAYMENT

13.2    Definisi
Model data rangkaian terdiri dari beberapa jenis rekod dan dihubungkan melalui petunjuk.

13.2.1    Ciri-ciri Model Pangkalan Data Rangkaian
1.     Model rangkaian lebih flexible kerana maklumat boleh diperolehi melalui banyak cara.
2.    Model rangkaian  boleh mewakili jenis hubungan banyak ke banyak, M:M.
3.    Setiap pemilik tidak terhad kepada hubungan satu arah sahaja dan setiap rekod boleh mempunyai lebih dari satu hubungan.
4.    Setiap hubungan diantara rekod ahli dan rekod pemilik dihubungkan melalui petunjuk.

13.3  Struktur data pangkalan data rangkaian:
Struktur pangkalan data rangkaian terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
i.       Rekod
Rekod mengandungi sekumpulan data yang berhubung kait.
ii.      Jenis rekod
Jenis rekod merupakan penyelaras rekod yang menerangkan struktur sekumpulan rekod bagi menyimpan maklumat yang sama jenis.
iii.     Item data
Item data merupakan medan atau atribut. Ianya mengandungi nama dan format. 

Jenis set dan kejadian set.
Jenis set merupakan penerangan hubungan antara dua jenis rekod di dalam nisbah 1:M. Setiap jenis set mempunyai 3 elemen iaitu, nama untuk jenis set, jenis rekod pemilik dan jenis rekod ahli. Contoh jenis set dapat dilihat pada rajah 13.2 . Jenis set pada rajah 13.2 dinamakan JAB-UTAMA, JABATAN adalah jenis rekod pemilik dan PELAJAR adalah jenis rekod ahli. Ini menggambarkan jenis hubungan 1:M diantara Jabatan Akademik dan pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran utama dari jabatan tertentu.




Syarat set ahli:
Syarat set ahli, terdiri daripada 2 kategori syarat iaitu pilihan insertion dan pilihan retention

a) Pilihan insertion.
Pilihan insertion berlaku apabila satu rekod ahli baru dimasukkan ke  dalam pangkalan data. Rekod tersebut dimasukkan dengan perintah STORE. Terdapat dua pilihan bagi insertion iaitu AUTOMATIC dan  MANUAL.

i.   AUTOMATIC.
Rekod ahli baru secara automatik dihubungkan kepada kejadian set apabila rekod tersebut dimasukkan ke dalam pangkalan data.

ii.   MANUAL.
Rekod ahli baru tidak boleh dimasukkan kedalam kejadian set sehingga arahan CONNECT dilaksanakan.

b) Pilihan retention
Pilihan retention berlaku apabila satu rekod dari jenis rekod ahli wujud dengan sendirinya di dalam pangkalan data atau mesti sentiasa mempunyai hubungan dengan rekod pemilik, dengan itu menjadi ahli di dalam kejadian set. Terdapat 3 pilihan set iaitu OPTIONAL, MANDATORY dan FIXED.

i.    OPTIONAL
Satu rekod ahli tampil dengan sendirinya tanpa menjadi ahli dalam mana-mana kejadian set tertentu. Ia boleh dihubungkan atau diputuskan hubungan dengan kejadian set melalui arahan CONNECT atau DISCONNECT.

ii.   MANDATORY
Satu rekod ahli tidak boleh wujud dengan sendiri. Ia mesti sentiasa menjadi ahli dalam kejadian set bagi jenis set tertentu. Rekod ahli tersebut boleh dihubungkan dengan kejadian set lain melalui arahan RECONNECT.

iii. FIXED
Satu rekod ahli tidak boleh wujud dengan sendiri. Ia mesti sentiasa menjadi ahli dalam kejadian set bagi jenis set tertentu tetapi tidak boleh dihubungkan kepada kejadian set lain.

Set susunan
Rekod-rekod ahli di dalam satu kejadian boleh disusun mengikut beberapa pilihan . Antaranya ialah SORT, system default, FIRST, LAST , NEXT dan PRIOR.

i.    Sort
Rekod ahli boleh disusun secara susunan menaik atau menurun mengikut  medan yang dikehendaki.

ii.   Sistem default
Rekod ahli yang baru dimasukkan ke dalam pangkalan data di mana-mana kedudukan yang ditentukan oleh system.

iii.  FIRST 
Satu rekod   ahli yang baru boleh menjadi rekod pertama di dalam kejadian set tertentu apabila dimasukkan kedalam pangkalan data

iv.  LAST
Satu rekod ahli yang baru menjadi rekod yang terakhir dalam kejadian set tertentu apabila dimasukkan dalam pangkalan data

v.   NEXT
Rekod ahli baru akan dimasukkan selepas rekod ahli yang terakhir digunakan dalam kejadian set tertentu. Jika hendak menggunakan arahan NEXT, maka sekurang-kurangnya satu rekod ahli mesti wujud dalam kejadian set.

vi.     PRIOR
Rekod ahli baru akan dimasukkan ke dalam pangkalan data sebelum rekod terakhir yang telah dimasukkan. Jika rekod itu adalah rekod pemilik, maka rekod baru akan ditempatkan pada tempat terakhir di dalam set itu.

13.4 Data Base Task Group  (DBTG) telah menyediakan tiga jenis bahasa  untuk Model Rangkaian iaitu:
                                                 i.    Skima bahasa definisi data
                                                ii.    Subskima bahasa definisi data
                                               iii.    Bahasa manipulasi data

13.4.1   Skima bahasa definisi data (skima DDL)
Skima bahasa definisi data merupakan bahasa yang menerangkan struktur Pangkalan Data Rangkaian iaitu skima dalaman. 

13.4.2   Subskima bahasa definisi data (subskima DDL)
Subskima bahasa definisi data ialah bahasa yang mendefinisikan pandangan
luaran bagi satu pangkalan data. Subskima DDL merupakan subset  kepada
Skima. Rajah 13.6 menunjukkan Format bagi subskima DDL. Setiap subskima
terbahagi kepada 3 bahagian iaitu TITLE DIVISION, MAPPING DIVISION dan
STRUCTURE DIVISION. TITLE DIVISION mengandungi nama subskima,
MAPPING DIVISION mengandungi nama samaran dan STRUCTURE DIVISION
mengandungi rekod, item data, dan set bagi skima yang terdapat pada subskima
tersebut.

13.4.3   Bahasa manipulasi data
 Mengandungi satu set operator untuk memanipulasikan pangkalan data
rangkaian. Kebanyakan arahan DML menggunakan dua langkah sahaja. Arahan
FIND digunakan untuk mengenalpasti rekod yang dikehendaki dan arahan GET
digunakan untuk operasi yang dikehendaki.  Sebagai contoh, arahan GET
digunakan untuk membaca rekod.



No comments:

Post a Comment