Tuesday, 13 November 2012


UNIT 11 :  REKABENTUK MODEL PANGKALAN DATA HIERARKI

11.0    Pengenalan
Model pangkalan data ini adalah untuk data berbentuk hierarki.  Contohnya seperti skima pengelasan tumbuhan, haiwan dan carta organisasi sesebuah syarikat. 

Selain daripada itu, tidak terdapat dokumen asal yang menerangkan model hierarki.  Beberapa sistem pentadbiran maklumat telah dicipta dengan menggunakan Struktur storan hierarki seperti Time-shared Data Management System (TDMS), IBD’S Information  Management System (IMS) dan Multi-Retrieval System (MARS VI).

11.1  Definisi.
Merupakan binaan dari satu susunan set pokok iaitu satu susunan set kejadian dari satu jenis pokok.

11.2    Model Hierarki    
Dalam model hierarki, data diwakili oleh kumpulan rekod-rekod yang berhubung antara satu sama lain melalui penunjuk.  Rekod-rekod distrukturkan dalam bentuk pokok di mana satu pokok mempunyai banyak segmen.  Segmen akar merupakan segmen tunggal dan terletak di paras yang paling atas.  Model ini menggunakan konsep bapa-anak.  Segmen anak tidak boleh wujud tanpa kejadian segmen bapa.  Satu segmen boleh ada banyak (atau tiada langsung) kejadian anak, tetapi setiap segmen anak hanya boleh ada satu segmen bapa. 

 11.3    Konsep Struktur Data


Terdapat 2 konsep struktur data iaitu:
i)             Rekod
ii)            Hubungan bapa-anak (PCR)



11.3.1            Rekod
Rekod ialah satu kumpulan nilai medan yang memberi maklumat satu entiti atau satu kejadian hubungan.  Rekod yang sejenis dikumpulkan ke dalam jenis rekod.  Setiap medan mempunyai jenis data tertentu seperti integer, real, dan string

11.3.2   Hubungan bapa-anak (PCR)
Ianya juga dikenali dengan Parent Child Relation (PCR).  Melibatkan hubungan 1:M diantara 2 jenis rekod, iaitu jenis rekod bapa (Parent Record Type) dan jenis rekod anak (Child Record Type).



11.4    Skima Hierarki

Satu  skima pangkalan data dibina oleh beberapa skima hierarki.  Setiap skima hierarki terdiri dari beberapa jenis rekod dan jenis PCR.

11.4.1   Ciri-ciri Skima Hierarki

            Terdapat beberapa ciri skima hierarki, antaranya:-

i)             Rekod akar tidak boleh menjadi jenis rekod anak dalam mana-mana jenis PCR.
ii)            Setiap jenis rekod (kecuali akar) mesti menjadi jenis rekod anak dalam hanya satu jenis PCR.
iii)          Satu jenis rekod boleh menjadi rekod bapa dalam beberapa jenis PCR.
iv)           Jika satu jenis rekod menjadi bapa kepada beberapa jenis PCR, jenis rekod anak akan disusun dan digambarkan dari kiri ke kanan dalam gambarajah hierarki.


11.2    Masalah dan Penyelesaian dalam model Hierarki.
Jadual 1 di bawah menerangkan masalah dan penyelesaian yang terdapat di dalam model Hierarki.

Jadual 1: Masalah dan Penyelesaian Model Hierarki.

MASALAH
PENYELESAIAN
              Memodelkan hubungan M:N
           Boleh dihasilkan tetapi perlu salinan kejadian rekod dari jenis anak.
     Kes di mana satu jenis rekod berfungsi sebagai jenis rekod anak dalam lebih dari satu jenis PCR.
            boleh dihasilkan dengan lebih banyak salinan rekod.
            Hubungan N-ary dengan jenis rekod   melebihidari dua.
            Tidak boleh dihasilkan kerana PCR adalah hubungan binari iaitu 0 dan 1

11.3    Definisi dan Manipulasi Data Dalam Model Hierarki.
Terdapat 2 jenis bahasa yang sering digunakan dalam pangkalan data hierarki iaitu:-
i)             HDDL -  bahasa definisi data hierarki
ii)            HDML – bahasa manipulasi data hierarki

11.7.1   HDDL
Bertujuan untuk menunjukkan bagaimana skima pangkalan data hierarki didefinisikan.  Apa yang perlu:-
i)             Medan bagi setiap jenis rekod
ii)            Jenis data bagi setiap medan
iii)          Tentukan jenis rekod ‘root’ (akar) adalah rekod bapa dalam PCR.
iv)           Jenis VPCR (Virtual Parent Rekord Child)

11.7.2   HDML
Bahasa 1 rekod pada satu masa untuk manipulasi pangkalan data hierarki.  Arahan bahasa ini mesti dimasukkan ke dalam bahasa program serbaguna.



No comments:

Post a Comment