UNIT 12 : REKABENTUK
MODEL PANGKALAN DATA HIERARKI
12.0 Information
Management System (IMS)
Sistem pengurusan maklumat
merupakan salah satu daripada sistem hierarki.
Sistem ini merupakan sistem maklumat yang direkabentuk sebagai bantuan
kepada pengurusan suatu kesatuan/organisasi.
Sistem ini tiada binaan bahasa pertanyaan. Aturcara aplikasi ditulis dalam COBOL,
FORTRAN dan Basic Assembly
Language.
12.1
Definisi IMS
Information Management System (IMS) adalah sebuah sistem pengurusan pangkalan data dan
digunakan dalam urusan niaga (akaun/ sistem inventori yang besar).
12.2
Senibina Sistem IMS
Sistem hierarki yang disimpan dalam IMS dikenali
sebagai pangkalan data fizikal (Physical database-PDB). Bagi proses penyimpanan, beberapa pangkalan
data fizikal dikumpulkan. Setiap
pangkalan data fizikal mempunyai satu definisi data atau satu skima yang
ditulis dalam DL/1 (Data Language One).
DL/1 merupakan bahasa
definisi data dan bahasa manipulasi data dalam IMS. Definisi data ini dikenali sebagai Database
Description (DBD) atau perihalan pangkalan data.
12.1
Dua kemudahan IMS.
IMS menyediakan dua kemudahan ‘view’.
i)
Jenis view
1 :
didefinisi dengan memilih sebahagian dari satu pangkalan data fizikal (iaitu
satu subhierarki) dan didefinisikan oleh ‘Program Communication Block’
(PCB).
ii) Jenis view 2 :
didefinisikan dengan memilih beberapa bahagian dari beberapa pangkalan
data fizikal dan hubungkait bahagian-bahagian ini untuk menjadi satu hierarki baru
dan ia didefinisikan dalam DL/1 dengan DBD Logik (‘logical database
definition’). Hasil struktur baru ini dinamakan pangkalan data logik
(LDB)
12.4 Definisi
Pangkalan Data Fizikal (DBD).
Rajah 12.2 di bawah menerangkan tentang definisi
Pangkalan Data Fizikal (DBD) untuk hierarki pada Rajah 11.2.
Jadi, anda perlu rujuk
kembali Rajah 11.2: Skima Hierarki (pada Unit 11).
1. DBD NAME = INSTITUSI
2. SEGM
NAME = BAHAGIAN, BYTES = 35
3.
FIELD NAME = NAMA_B, BYTES = 10, START = 1
4.
FIELD NAME = KOD_B, BYTES = 20, START = 16
5.
FIELD NAMA = NAMA_KET_B, BYTES = 20, START = 16
6. SEGM NAME = PENSYARAH, PARENT
=BAHAGIAN,BYTES=68
7. FIELD NAME = NAMA_P, BYTES = 20, START
= 1
8. FIELD NAME = K/P, BYTES = 8, START = 21
9. FIELD NAMA = ALAMAT, BYTES = 40, START =
29
10. SEGM NAME = KURSUS, PARENT =
BAHAGIAN,BYTES=68
11. FIELD NAME =(NAMA_K, SEQ), BYTES = 20,
START = 1
12. FIELD NAME = KOD_K, BYTES = 5, START = 21
13. FIELD NAMA = JUMLAH_KELAS, BYTES = 3,
START = 26
14. SEGM NAME
= PELAJAR, PARENT =KURSUS,BYTES=50
15. FIELD NAME = NAMA, BYTES = 25, START = 1
16. FIELD NAME = NO_PEND, BYTES = 10, START =
26
17. FIELD NAMA = T_LAHIR, BYTES = 8, START =
36
18. FIELD NAMA = UMUR, BYTES =2, START = 44
19. FIELD NAME = KELAS, BYTES = 5, START = 46
20. DBGEN
21. FINISH
22.
END
Rajah 12.2: Definisi Pangkalan Data Fizikal (DBD) untuk
hierarki pada Rajah 11.2
(unit 11)
Satu aturcara aplikasi pengguna perlu mencapai data dari
beberapa pangkalan data fizikal atau dari view jenis 1 atau 2.
Semua penerangan data yang diperlukan oleh satu-satu aplikasi
itu disimpan di dalam Blok Spesifikasi Aturcara (PSB).
Satu PSB mengandungi pecahan penerangan yang berbeza,
berpadanan dengan definisi view 1 atau 2.
Pecahan penerangan ini disimpan sebagai beberapa Blok Komunikasi
Aturcara (PCB).
Aturcara aplikasi dalam COBOL, PL/1, FORTRAN atau BAL akan memanggil DL/1 melalui satu perintah
untuk membolehkan IMS menjalankan operasi mencapai atau mengemaskini data.
Sistem IMS pula akan berhubung
dengan pengguna melalui PCB, PCB dirujuk dengan penunjuk (‘pointer) oleh
aturcara. Status maklumat terbaru akhirnya dihantar ke PCB.
12.5 Organisasi
Data dalam IMS.
12.5.1 Pangkalan
Data Fizikal (PDB)
PDB dalam IMS adalah
hierarki yang disimpan dalam storan dan didefinisikan dalam bentuk DBD fizikal
menggunakan bahasa DL/1.
12.6 Definisi Program
Communication Block (PCB)
Berikut ialah definisi PCB untuk view jenis 1 bagi pangkalan
data institusi (untuk view – PELAJAR).
1. PCB DBNAME =
INSTITUSI
2.BSENSEG NAME = BAHAGIAN,
PROCOPT = G
3. SENFLD NAMA = NAMA_B, START
=1
4. SENSEG NAME = KURSUS, PARENT
=BAHAGIAN,PROCOPT=K
5. SENSEG NAME
= PELAJAR, PARENT=KURSUS, PROCOPT=G1
6. PCBGEN LANG
= PL/1
7. END
Rajah 12.4 : PCB untuk View_Pelajar
PCB untuk VIEW_PELAJAR mengandungi penyataan makro PCB,
SENSEG, dan SENFLD.
SENSEG (‘sensitive segment) – pernyataan ini mengandungi
segmen (rekod) yang merangkumi medan-medannya dan mengisyhtiharkan pilihan
operasi (processing option – PROCOPT) untuknya.
Operasi pilihan: G (get), I (insert), R (replace),
D (delete) atau kombinasinya seperti GIR.
Pilihan operasi K (‘key sensitivity’) diperuntukkan kepada
satu segmen apabila anda tidak mahu memberi kemudahan untuk mencapai bahagian
ini (IMS secara automatik menghentikan penghantaran data kepada aturcara
aplikasi) maka dengan itu pengguna tidak dapat melihat data KURSUS tetapi boleh
mengoperasikan data dalam segmen PELAJAR dan BAHAGIAN.
No comments:
Post a Comment