UNIT 2 : SRTUKTUR ASAS DAN CIRI-CIRI
SISTEM PENGOPERASIAN
2.0 PENGENALAN
Keupayaan
sistem pengoperasian tiada hadnya yang penting ialah apakah pengguna perlu
jangkakan daripada sistem pengoperasian yang dikehendakinya. Misalnya Unix, sistemnya mengandungi beberapa keperluan di
antaranya :
·
Sistem pengoperasian
Contoh
: program loader, arahan
penterjemah
·
Bahasa pemproses
Contoh
:
compiler dan linker C
·
Utiliti
Contoh : teks
editor, terminal emulator
·
Subrutin library
Contoh : lib.c, include fail
2.1
STRUKTUR ASAS SISTEM PENGOPERASIAN
2.2.1 Perkakasan
Dari segi fizikalnya satu sistem komputer terdiri daripada unit pemprosesan pusat, ingatan
utama dan beberapa peranti input-output yang merupakan periferal sistem
komputer. Semua ini dikenali sebagai “perkakasan” atau “mesin” komputer.
Tanpa sistem Pengoperasian, pengguna akan menghadapi
banyak masalah kerana pengguna tersebut tidak dapat mengendalikan semua
perkakasan dengan tepat.
2.2.2 Perisian
Perisian sebenarnya yang membentuk dan membolehkan
komputer melakukan sesuatu tindakan dan perisian yang boleh bertindak demikian
di panggil “Perisian Penggunaan”
Bagi
memudahkan juruaturcara membangunkan perisian penggunaan ini , kebanyakan
sistem komputer menyediakan satu lagi jenis perisian yang dikenali dengan nama
“Perisian Sistem”. Di antara contoh
perisian jenis ini ialah pengkompilasi, penyunting, pepaut dan pemuat.
Dari perbincangan di atas, kita telah dapati bahawa satu
tugas utama Sistem Pengoperasian ialah untuk menyembunyikan perkakasan komputer
dari pengguna dan menyelesaikan semua masalah yang bersangkutan dengannya.
2.2 CIRI-CIRI
UTAMA SISTEM PENGOPERASIAN
Ciri-ciri Utama Sistem
Pengoperasian dibahagikan kepada :-
2.2.1 Serentak
Sistem pengoperasian
dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan serentak / selari, (Misalnya operasi-operasi I/O dilaksanakan
serentak dengan operasi pengiraan). Dengan ini bermakna beberapa program pengguna
dilaksanakan dalam satu jangka masa yang sama.
Masalah
: 1. Penukaran daripada satu aktiviti kepada aktiviti
yang
lain
2. Perlindungan
antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain.
2.2.2 Perkongsian
Oleh
kerana aktiviti-aktiviti dilaksanakan serentak maka sumber-sumber
komputer, data dan maklumat dikongsi
bagi tujuan-tujuan berikut :
·
Dapat mengurangkan kos di
mana satu sumber sistem dapat digunakan oleh beberapa pengguna sistem.
Kelebihannya : penggunaan sumber-sumber bahan yang adil
kepada pengguna-pengguna sistem kerana tidak semua sumber bahan digunakan
sentiasa oleh seorang pengguna.
Kos
berkurang dan manfaat dapat ditingkatkan apabila sumber bahan dapat dikongsi
oleh beberapa pengguna.
·
Kongsi aturcara dan rutin
Tenaga
kerja juruaturcara dapat dijimatkan apabila rutin misalnya rutin isihan, penyusunan dikongsi penggunaannya.
·
Kongsi data
Fail
yang mempunyai data global / pangkalan data boleh dikongsi oleh aturcara
berlainan. Dengan ini dapat menjimatkan
ruang storan dan mengelakkan duplikasi fail dan data.
Apabila
melibatkan perkongsian sumber bahan (peranti,
fail, aturcara dan rutin) perkara
yang perlu dipertimbangkan ialah :
·
Peruntukkan sumber bahan
·
Capaian data
·
Perlaksanaan aturcara dengan
serentak
·
Perlindungan data dari
kerosakan
2.2.3 Storan Jangka Panjang
Dengan
keperluan perkongsian data, aturcara dan
rutin ianya perlu distor pada storan seperti RAM, storan sekunder. Perkara yang perlu
dipertimbangkan :
§ Penyediaan
capaian data / aturcara yang mudah
§ Perlindungan
dari gangguan Perlindungan dari kegagalan sistem.
2.3 CIRI-CIRI SOKONGAN SISTEM
PENGOPERASIAN
2.3.1 Keberkesanan (cekap dan tepat)
Satu
perisian yang cekap boleh menyelesaikan masalah
yang agak cepat. Kriteria cekap
dan berkesan adalah sifat sistem pengoperasian yang baik, ianya diukur mengikut :
·
Masa purata di antara
kerja-kerja
·
Masa pemproses pusat yang
terbuang
·
Masa pusingan semula
kerja-kerja kelompok
·
Masa maklumbalas dalam
sistem capaian berganda
·
Penggunaan sumber-sumber
sistem komputer
Faktor-faktor
di atas tidak mungkin dapat dioptimumkan serentak. Walaubagaimanapun sistem pengoperasian cekap
mempunyai ciri-ciri yang mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber dan
memaksimumkan daya pemprosesan sistem komputer.
2.3.2 Kebolehpercayaan
Satu
perisian yang “boleh dipercayai” adalah perisian yang dapat memberikan satu
khidmat yang memuaskan hati pengguna. Kebolehpercayaan ini adalah sangat
penting bagi mana-mana perisian, apatah lagi satu sistem pengoperasian kerana
tidak akan menghasilkan masalah yang besar kepada pengguna.
Selain
dari itu disebabkan sistem pengoperasian akan digunakan oleh berbagai jenis
pengguna, sistem pengoperasian tersebut mesti mampu menghadapi sebarang
kemungkinan dan memberikan satu tindakbalas yang sesuai.
2.3.3 Mudah Diselenggarakan
Satu
perisian yang baik akan sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa,
sama ada bagi membetulkan sebarang kesilapan yang ada atau mengubahsuai bagi
mengikuti perubahan spesifikasi, atau bagi memindahkan perisian tersebut ke satu
persekitaran yang lain. Semua perkara-perkara tersebut adalah disebut sebagai Penyelenggaraan
Perisian.
2.3.4 Saiz Kecil
Seperti yang telah diketahui , sistem pengoperasian akan
diperlukan pada setiap masa semasa sistem komputer sedang berjalan. Jadi sistem
pengoperasian akan sentiasa berada di dalam ingatan utama, dan seterusnya
mengurangkan ruang ingatan yang boleh digunakan oleh aturcara pengguna. Justru
itu satu sistem pengoperasian seharusnya mempunyai saiz yang kecil bagi mengurangkan ruang ingatan
yang digunakan.
Juga biasanya satu system yang besar akan lebih cenderung
untuk mempunyai kesalahan dan memakan masa yang lama untuk ditulis.
No comments:
Post a Comment