Tuesday, 13 November 2012


UNIT 6            : PENGURUSAN

6.1       PENGURUSAN PERANTI INPUT OUTPUT


Tumpuan topik ini ialah untuk menerangkan bagaimana proses berkomunikasi dengan dunia luar iaitu ke atas mekanisma untuk maklumat input / output. 
Terdapat beberapa perbezaan  di antara peranti-peranti dari segi kelajuan,  perpindahan,  operasi yang dibenarkan dan keadaan ralat yang menyebabkan kesukaran kepada sistem operasi untuk mengendalikannya.  Berikut ditunjukkan beberapa ciri-ciri yang berbeza terhadap peranti-peranti :

i.              Kadar penghantaran data (kelajuan).
Contoh : Cakera – 2 Mbait/saat
                        Papan kunci – 10-15 bait/saat

ii.             Unit penghantaran (perpindahan).
Contoh : Cakera – blok 512,  1024 bait
                        Paparan – satu aksara

iii.            Operasi yang dibenarkan.
Contoh : Cakera – baca,  tulis,  carian
                           Pencetak – tulis,  gerakkan kertas,  pilih ‘font’

iv.           Keadaan ralat.
Contoh : Cakera – ralat baca
                        Pencetak – kertas tiada

6.1.1               Penyeliaan  Peranti

v  Pengendali peranti ialah proses yang bertanggungjawab untuk melayan sebarang
permintaan pada giliran permintaan peranti. 
v  Apabila layanan ini selesai,  pengendali peranti akan menyatakan dengan memberi
syarat menggunakan semafor ‘permintaan dilayan’.
v  Biasanya terdapat pengendali yang berlainan pada peranti.  Jadi setiap kali satu
peranti ditambahkan ke dalam sistem maka pengendali bagi peranti mesti disediakan
bersama.

6.1.1.1 Prinsip Pengendali Peranti.

 Tujuan  pangendali peranti ialah :
v   Menggunakan cara pengekodan aksara yang tidakterikat dengan sebarang peranti.
v   Membebaskan aturcara dari mana-mana peranti yang khas.  Maknanya pengguna
tidak perlu mengubah aturcara hanya kerana pencetak yang digunakan telah ditukar.
v  Melakukan operasi input-output dengan cekap dan mengendalikan ralat.
v  Memberi layanan yang sama terhadap semua peranti.


6.1      Prosedur Input/output (re-entrant).

Permintaan input/output dari satu proses dikenali dengan panggilan sistem BAIO
(nama aturcara sistem I/O).

BAIO (aliran,  mod,  jumlah,  destinasi,  semafor) 
·         Aliran – bilangan aliran
·         Mod – pindah atau operasi-operasi lain (tujuan operasi)
·         Jumlah – jumlah data yang dipindahkan
·      Semafor – kedudukan semafor ‘permintaan dilayan’ yang akan disyaratkan apabila operasi selesai

Tatacara BAIO ini boleh digunakan oleh beberapa proses pada satu ketika.  Tugas 
yang perlu dilaksanakan olehnya ialah :
1.       Memetakan bilangan aliran kepada peranti fizikal yang sesuai.
2.       Menyemak dan memastikan bahawa semua parameter yang disediakan adalah
       konsisten.
3.       Memulakan layanan kepada permintaan tersebut.

6.1          Konsep asas Penimbal.

Konsep Tanpa Penimbal.

*  Huraian mengenai tatacara input-output dan pengendali peranti yang disebutkan
      sebelum ini membuat anggapan bahawa semua data dipindahkan tanpa
      menggunakan sebarang penimbal. 
*  Maknanya,tiap-tiap permintaan input-output menyebabkan satu perpindahan fizikal
      terjadi pada satu periferal yang berkenaan. 
*  Jika satu proses dilakukan secara berulang-ulang pada giliran yang sama maka ia
      akan sentiasa dihentikan sehingga perpindahan itu selesai.

Konsep Dengan Satu Penimbal

*  Untuk mengelakkan masalah yang dihadapi ketika memindahkan data
      kebanyakan sistem menggunakan penimbal. 
*  Dalam kebanyakan komputer moden penimbal sentiasa diletakkan di dalam
      ingatan utama.
*   Penggunaan penimbal ini dikenali sebagai ‘penimbalan’. 
*  Dengan menggunakan kaedah penimbalan,  perpindahan input dibuat oleh
      sistem pengoperasian ke dalam satu kawasan khas di dalam ingatan yang
      dikenali sebagai penimbal input. 
*  Proses pengguna akan mengambil data daripada penimbal ini dan hanya
      akan terpaksa menunggu apabila penimbal itu kosong. 

Konsep Dengan Dua Penimbal.

*  Untuk menambahkan lagi kecekapan dan keberkesanan,  sistem boleh
      menggunakan dua penimbal.
*   Proses boleh menggunakan satu penimbal sementara penimbal yang
       satu lagi dipenuhkan atau dikosongkan oleh sistem pengoperasian.

Perbezaan Tanpa Penimbal dan Dengan Penimbal di jadual 6.1 di bawah.

Tanpa penimbal
Dengan penimbal
·         Masa banyak digunakan untuk baca/pindah sepenuhnya
·         Masa baca/pindah telah dapat dikurangkan
·         Jumlah masa baca/proses = ada masa T dan P
·         Jumlah masa baca/proses = sela masa M dan T
·         Penghantaran data dari periferal ke pemproses
·         Penghantaran data dari periferal ke penimbal,  dari penimbal ke proses
Jadual 6.1











No comments:

Post a Comment