UNIT 10 : REKABENTUK MODEL PANGKALAN DATA HUBUNGAN
10.0
Pengenalan
Model
hubungan menggunakan konsep hubungan dalam matematik iaitu algebra hubungan
untuk mengolah data. Jadual 1, merupakan contoh sebuah pangkalan data
PEMBEKAL-BAHAGIAN-PROJEK dan akan digunakan
dalam menyelesaikan beberapa contoh soalan di bawah unit ini.
Jadual
1: Pangkalan Data PEMBEKAL-BAHAGIAN -PROJEK
PEMBEKAL
PNO
|
PNAMA
|
STATUS
|
PBANDAR
|
P12345
P59231
P93758
P46452
P10975
|
AHMAD
SAIFUL
AMRAN
TAN
CHENG LOCK
|
35
30
20
30
20
|
KUANTAN
ALOR SETAR
TAPAH
ALOR SETAR
KUANTAN
|
BAHAGIAN
BNO
|
BNAMA
|
BERAT
|
BBANDAR
|
B1001
B1123
B1004
B1075
B1234
|
NAT
BOLT
SKRU
KAM
KOG
|
11
12
15
17
18
|
KUANTAN
KANGAR
ALOR SETAR
IPOH
TAPAH
|
PROJEK
JNO
|
JNAMA
|
JBANDAR
|
J001
J012
J007
J325
J251
J195
|
SORTER
PUNCH
READER
CONSOLE
TERMINAL
TAPE
|
KUANTAN
TAPAH
ALOR SETAR
ALOR SETAR
ALOR
SETAR
KUANTAN
|
10.1 Algebra Hubungan
10.1.1
Definisi
Algebra
hubungan merupakan sekumpulan operasi
untuk memanipulasi keseluruhan hubungan.
Operasi
ini akan memilih tupel dari setiap hubungan dan menggabungkan tupel yang
berhubungan dari beberapa hubungan untuk memenuhi permintaan untuk mencapai
maklumat atau membuat pertanyaan. Operasi-operasi asas yang terkandung dalam algebra hubungan ialah operasi SELECT,
PROJECT, JOIN dan set operasi yang menggunakan
teori set matematik seperti ‘UNION’,
‘INTERSECTION’, ‘DIFFERENCE’ dan ‘CARTESIAN PRODUCT’.
10.1.2
Operasi SELECT
Operasi
SELECT ialah operasi untuk mengeluarkan rekod yang memenuhi syarat yang
ditetapkan dari satu hubungan tertentu.
Sinteks:
s < syarat pemilihan > ( < nama
hubungan>)
CONTOH
SOALAN:
i.
Berdasarkan
Jadual 1, dapatkan rekod PEMBEKAL dari KUANTAN yang mempunyai nilai STATUS >
15
JAWAPAN:
s STATUS > 15 AND PBANDAR = KUANTAN
Skima hubungan yang
dihasilkan adalah sama dengan hubungan PELAJAR tetapi kandungannya adalah
berbeza. Keadaan ini dapat dilihat dalam Jadual 2.
Jadual
2: Rekod PEMBEKAL dari KUANTAN yang mempunyai nilai STATUS > 15.
PNO
|
PNAMA
|
STATUS
|
PBANDAR
|
P12345
P10975
|
AHMAD
TAN
CHENG LOCK
|
35
20
|
KUANTAN
KUANTAN
|
ii.
Dapatkan rekod dari BAHAGIAN
dengan mempunyai BERAT < 15 dari bandar KUANTAN atau BERAT < 19 dari
bandar TAPAH.
JAWAPAN:
Jadual 3: Rekod dari BAHAGIAN dengan
mempunyai
BERAT < 15 dari bandar KUANTAN atau
BERAT < 19 dari bandar TAPAH
s ( BERAT < 15 AND BBANDAR = KUANTAN ) OR
( BERAT < 19 AND BBANDAR =
TAPAH) (BAHAGIAN)
BNO
|
BNAMA
|
BERAT
|
BBANDAR
|
B1001
B1234
|
NAT
KOG
|
11
18
|
KUANTAN
TAPAH
|
10.1.3
OPERASI PROJECT.
Operasi PROJECT ialah operasi untuk mengeluarkan atribut tertentu dari hubungan
tertentu.
10.1.4 OPERASI JOIN.
Operasi JOIN ialah operasi yang menggabungkan rekod dari dua hubungan untuk
menjadi satu tupel jika syarat tertentu dipenuhi.
10.1.1
OPERASI SET
Sebelum membincangkan
mengenai operasi set, kita perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan Gabung
padan atau Union compatible. Dua
hubungan dikatakan gabung padan apabila kedua-dua hubungan tersebut mempunyai
bilangan atribut yang sama dan setiap pasangan atribut dalam kedua-dua hubungan
mempunyai domain yang sama. Set operasi hanya boleh dijalankan jika kedua-dua
hubungan tersebut adalah gabung padan. Jadual 6 menunjukkan contoh dua hubungan
yang gabung padan.
10.2 BAHASA PERTANYAAN SQL
SQL merupakan bahasa tanpa
prosedur. Ia
merupakan antaramuka pengguna dengan DBMS. SQL juga merupakan satu set bahasa
orientasi dan digunakan secara meluas pada masa ini. Penumpuan diberikan kepada
tugas yang hendak dijalankan dan bukannya cara untuk menjalan kan tugas tersebut.
Definisi SQL:
SQL ialah bahasa
pangkalan data yang komprehesif iaitu mempunyai pernyataan untuk definisi data,
pertanyaan dan kemaskini.
Kelebihan
Menggunakan SQL
i.
SQL
merupakan bahasa tidak bertatacara dan pengguna hanya perlu menyatakan maklumat
yang dikehendaki dan bukan bagaimana untuk mendapatkan sesuatu maklumat.
ii.
Tidak
menggunakan format tertentu.
iii.
Boleh
digunakan oleh semua pihak sama ada pengguna akhir, pereka pangkalan data dan
pentadbiran.
iv.
Mudah
dipelajari kerana sinteksnya menggunakan bahasa inggeris mudah select, from dan
where.
v.
Tidak
peka kepada huruf kecil atau besar tetapi mesti ditaip seperti apa yang
terdapat dalam pangkalan data.
10.2.1 Bahasa Manipulasi Data (DML) SQL
DML digunakan untuk
menakrif struktur data iaitu untuk membina, mengubahsuai dan menghapus objek
pangkalan data. DML juga digunalan untuk memperolehi semula atau mengubah data.
Sinteks Pertanyaan
SELECT [DISTINCT½ ALL ] { *½[column expression [AS
new_name]] [,…]}
FROM table_name[
option ][…]
[WHERE condition]
[GROUP BY column_list]
[ HAVING condition]
[ORDER BY column_list]
Jadual 13: Sintaks yang digunakan dalam SQL
SINTAKS
|
TUJUAN
|
SELECT …
|
Menyenaraikan
lajur atau ungkapan yang hendak diperolehi dan dihasilkan
|
FROM…
|
Menyenaraikan jadual atau jadual-jadual yang mana lajur
hendak diperolehi
|
[ WHERE … ]
|
Menyatakan
kriteria yang akan digunakan untuk memperolehi rekod.
|
[ORDER BY … ]
|
Menyusun baris mengikut lajur yang dinyatakan
|
[GROUP BY … ]
|
Mengumpul
baris mengikut nilai yang terdapat pada lajur yng dinyatakan
|
[ HAVING ...]
|
Menapis
baris yang diperolehi mengikut syarat
|
10.2.2
Bahasa Definisi Data (DDL) SQL
- Diguna untuk menakrif struktur data iaitu uuntuk membina, mengubahsuai dan menghapuskan objek pangkalan data.
- Membina jadual.
- Mengubah struktur jadual. Digunakan untuk menambah lajur pada jadual, tambah atau kurangkan lebar lajur yang sedia ada, mengubah lajur daripada null kepada not null atau sebaliknya, menyatakan nilai lalai pada lajur yang sedia ada dan menyatakan kekangan pada lajur yang sedia ada.
10.3 BAHASA PERTANYAAN QBE
Seperti juga SQL, QBE dibangunkan di IBM pada tahun 1970an dan kemudiannya dikeluarkan untuk kegunaan komersial. Pada hari ini QBE juga disokong oleh DBMS lain seperti Paradox dan Microsoft Access. Dengan antara muka pertanyaan bergrafik, QBE adalah sesuai untuk digunakan secara interaktif pada terminal pada terminal oleh pengguna akhir yang tidak semestinya berkemahiran tinggi. QBE juga sesuai untuk pertanyaan yang tidak begitu kompleks dan tidak melibatkan begitu banyak jadual.
Definisi:
QBE (Query By Example) adalah satu bahasa pertanyaan bergrafik yang membekalkan kemudahan untuk menakrif, mengolah, mengemaskini dan mengawal pangkalan data hubungan.
Pertanyaan dalam QBE.
· Pertanyaan untuk mencapai maklumat dilakukan dengan mengisi ruangan
lajur pada jadual contoh.
· Simbol P. ditulis dalam sesuatu lajur untuk memaparkan maklumat dalam
lajur tersebut.
· Jika nilai medan ialah satu pemalar, nilai pemalar itu dituliskan dalam
jadual contoh.
· Tanda ‘ _ ‘ diletakkan dihadapannya jika hendak menggunakan
pembolehubah.
· Operator-operator lain yang sering digunakan ialah ‘ < ‘, ‘ > ‘, ‘ <= ’, ‘>=’
‘AO’, ‘DO’, ‘AVG’ dan ‘SUM’.
No comments:
Post a Comment