UNIT
5 : PENGURUSAN
5.1
PENGURUSAN INGATAN
Pengurusan ingatan merupakan satu sumber bahan yang
sangat penting. Tanpanya proses tidak
mempunyai ruang untuk bertindak. Ia
berfungsi untuk mengendalikan ingatan.
Tugas-tugas
utamanya ialah :
i.
menentukan bahagian ingatan yang boleh
digunakan dan bahagian yang tidak boleh digunakan.
ii.
menyediakan ingatan pada proses yang
memerlukannya.
iii.
memelihara bahagian ingatan yang telah
digunakan oleh satu proses supaya tidak diganggu oleh proses yang lain.
Dari segi perkakasan, ingatan komputer dapat dibahagikan
kepada 2 jenis:
i.
ingatan utama
ii.
storan bantuan
5.2 OBJEKTIF PENGURUSAN INGATAN
i.
lokasi semula
ii.
perlindungan
iii.
perkongsian
iv.
organisasi logikal
v.
organisasi fizikal
i. Lokasi Semula
Untuk menyediakan ruang ingatan supaya beberapa proses
boleh dilaksanakan pada satu masa. Ingatan dikongsi dengan beberapa proses. Juruaturcara tidak mungkin mengetahui di mana
letak program yang ditulisnya dalam ingatan.
Lokasian program tidak selalunya tetap dalam ingatan semasa perlaksanaan
program keseluruhan. Oleh itu untuk
mengelak kawasan-kawasan yang kosong pada ingatan lokasikan semula kedudukan
program dalam ingatan.
ii. Perlindungan
Melindungi setiap proses di antara satu sama lain. Oleh kerana proses berkongsi ingatan, mesti ada kesepaduan supaya tiada proses yang
boleh mengubah kandungan dalam ingatan.
iii. Perkongsian
Membolehkan
perkongsian ingatan di antara proses. Ada di antara proses
sepatutnya dibenarkan mencapai bahagian yang sama dalam ingatan.
Contohnya
:
Beberapa
proses hendak mencapai satu program (dBase) oleh itu adalah lebih baik
membenarkan proses-proses itu melarikan satu program yang sama dan tidak perlu
saling berasingan ke ingatan.
iv. Organisasi
Logikal
Menyediakan ruang ingatan supaya membolehkan beberapa
proses dilaksanakan pada satu masa. Juga
menyediakan perlindungan ‘read only,
execute only’. Serta
menyediakan mekanisma di mana segmen-segmen boleh dikongsi di antara beberapa
proses. Juga menggunakan konsep
ruang alamat segmentasi.
v. Organisasi Fizikal
Membuat ruang alamat ingatan lutsinar kepada
juruaturcara. Misalnya menggunakan
teknik 2 paras ingatan. Mengendalikan
perpindahan data atau program daripada ingatan sekunder ke ingatan utama dan sebaliknya.
5.3 KONSEP INGATAN MAYA
Ingatan maya adalah ingatan yang disediakan
oleh sistem pengoperasian kepada pengguna dan tugas pemetaan antara ingatan
maya kepada ingatan sebenar dilakukan oleh sistem pengoperasian.
Ingatan
maya ini menyediakan saiz ingatan yang jauh lebih besar dibandingkan dengan
ingatan sebenar yang ada.
Pemetaan
di antara ingatan maya dan ingatan sebenar dapat dibuat dengan menggunakan satu
fungsi tertentu dengan N adalah ruang alamat dalam ingatan maya dan M adalah
ruang ingatan utama.
f : N
è M
5.4
Implementasi Ingatan Maya.
Ingatan
maya dapat diimplementasikan dengan tiga cara :
i.
Berhalaman
ii.
Bersegmen
iii.
Segmen Berhalaman
i. Berhalaman
Dengan teknik
berhalaman, storan bantuan adalah
seolah-olah sambungan kepada ingatan utama.
Teknik ini membahagikan ruang alamat ingatan maya kepada berhalaman
–halaman yang mempunyai saiz yang sama dan ingatan utama juga dibahagikan
kepada rangka halaman yang sama saiznya.
Rangka halaman ini
dikongsi oleh proses-proses yang berada di dalam sistem ketika itu. Jadi pada ketika bagi tiap-tiap proses
terdapat beberapa halaman di dalam ingatan utama (dikenali sebagai halaman
aktif) dan beberapa halaman yang lain berada di dalam storan bantuan (dikenali
sebagai halaman pasif).
Tugas
mekanisma berhalaman ialah:
a. melakukan
operasi pemetaan alamat untuk menentukan halaman yang dirujuk oleh satu alamat
aturcara dan seterusnya mencari rangka halaman yang digunakan, jika ada.
b. Memindahkan
halaman daripada storan bantuan ke dalam ingatan utama bila halaman itu
diperlukan dan memindahkan halaman dari ingatan utama ke dalam storan bantuan
apabila halaman itu tidak diperlukan lagi.
ii.
Bersegmen
Cara
berhalaman dapat menyediakan saiz ingatan maya yang lebih besar. Cara bersegmen, juruaturcara dapat merujuk kepada tiap-tiap
segmen dengan menggunakn nama yang ditentukannya sendiri. Jadi ruang alamat perlu disusun di dalam
bentuk dua matra kerana alamat aturcara mesti terdiri daripada nama segmen dan
alamat di dalam segmen.
iii.
Segmen Berhalaman
Cara
bersegmen yang paling baik ialah penyediaan terdapatnya bilangan segmen yang
banyak dan tiap-tiap segmen mempunyai saiz yang besar. Setiap proses mempunyai satu jadual segmen
dan tiap-tiap segmen mempunyai satu penghurai segmen. Disebabkan bilangan segmen yang banyak maka
jadual segmen itu sendiri adalah merupakan satu segmen dan mempunyai
halaman-halamannya. Penghurai segmen mengandungi satu maklumat untuk
menentukan samada segmen tersebut berada di dalam ingatan atau tidak. Tiap-tiap halaman di dalam satu segmen
mempunyai saiz yang tertentu.
Perbezaan
Pemetaan Alamat Segmentasi Dan Halaman
Halaman
|
Segmentasi
|
1. Saiz
ditetapkan oleh mesin saiz seperti halaman tidak berubah-ubah.
2. Pembahagi
fizikal terhadap ingatan.
3. Pembahagian
alamat program kepada nombor halaman dan perkataan adalah diwaskan oleh
perkakasan. Jika berlaku limpahan
nombor perkataan, otomatik nombor
halaman meningkat.
|
1. Saiz
ditentukan oleh pengguna saiz setiap segmen boleh berubah-ubah.
2. Pembahagi
logikal bagi ruang alamat.
3. Pembahagian
alamat program adalah secara logikal dan tiada limpahan daripada nombor
perkataan kepada nombor segmen.
|
Jadual 5.1 : Perbezaan Pemetaan Alamat Segmentasi dan
Halaman.
No comments:
Post a Comment