Tuesday, 13 November 2012

UNIT 1 :         PENGENALAN

1.0          Konsep Umum Sistem Pengoperasian

Komputer pada masa ini memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat. Ia telah digunakan dalam berbagai-bagai aspek kehidupan manusia.

Bagi memahami cara komputer digunakan dalam semua  urusan kehidupan manusia, kita memahami cara perjalanan sistem komputer.

Dari segi fizikalnya satu sistem komputer terdiri dari unit pemprosesan pusat, ingatan utama dan beberapa peranti input-output. Walaubagaimanapun satu sistem komputer yang hanya terdiri dari perkakasan sahaja tidak dapat  diguna bagi melaksanakan apa-apa kerja yang berfaedah. Justeru itu semua sistem komputer mempunyai satu lagi komponen yang dikenali sebagai perisian.

1.1       Definisi Sistem Pengoperasian

     Sistem pengoperasian boleh didefinisikan sebagai suatu aturcara kawalan utama sesuatu komputer.  Ia memperuntukkan antara muka pengguna yang mentafsirkan perintah yang dimasukkan oleh pengguna,  menjadualkan kerja,  menguruskan storan dan mengendalikan komunikasi dengan persisian.  Semua pengguna mesti berkomunikasi dengan sistem pengoperasian.
                             
1.2          Kegunaan Sistem pengoperasian

            Di antara kegunaan Sistem Pengoperasian ialah :-
                      i.        Memastikan kerja-kerja pengguna dapat dilakukan dengan teratur
                     ii.        Mentafsirkan perintah-perintah pengguna
                    iii.        Mengendalikan sebarang ralat yang terdapat
                   iv.        Mengendalikan input output
                    v.        Mengendalikan sampukan
          vi. Menguruskan ingatan

1.3       Jenis-jenis Sistem Pengoperasian
           sistem pengoperasian terbahagi kepada 4 jenis :
           i. Sistem berkelompok
         ii. Sistem multipengaturcaraan
        iii. Sistem perkongsian masa
        iv. Sistem agihan

1.3.1    Pemprosesan Berkelompok

     Sistem di luar talian telah mengurangkan masalah pergantungan input output kepada tenaga manusia.  Dalam usaha untuk menghapuskan langsung ini,  suatu teknik yang tertentu diperlukan bagi membolehkan input output dikendalikan serentak dengan pemprosesan.  Teknik ini telah dapat digunakan dengan terciptanya dua perkakas yang dikenali sebagai pemprosesan input output atau saluran dan sampukan.
     Pemprosesan input output seperti yang telah disebutkan adalah satu peranti yang boleh mengawal satu atau lebih periferal atau ingatan tanpa melalui pemproses pusat.  Sampukan pula adalah satu isyarat yang memindahkan kawalan pemproses pusat kepada satu lokasi yang tertentu dan pada masa yang sama juga menyimpan nilai pembilang arahan yang lepas.  Justeru itu sampukan akan menyebabkan satu-satu aturcara yang sedang dilaksanakan pada masa itu akan dihentikan untuk sementara waktu tetapi boleh disambungkan semula pada masa akan datang.

1.3.2      Multi-pengaturcaraan

     Sistem berkelompok satu aliran ini telah menimbulkan pembaziran kerana pada setiap ketika keseluruhan mesin ditumpukan hanya untuk melaksanakan satu kerja,  tanpa mengira sebesar mana kerja tersebut.  Masalah ini telah dapat diatasi dengan menggunakan idea multi-pengaturcaraan iaitu satu teknik untuk menjalankan beberapa aturcara pada satu mesin pada masa yang sama.

1.3.3      Sistem Perkongsian Masa (Time Sharing System)

 ·         Sistem ini sangat popular dalam mewakili sistem multi-pengaturcaraan,  multi-user.  Kebiasaannya sistem CAD dan pemprosesan teks menggunakan sistem perkongsian masa.
·         Objektif utama sistem multi-user dan time sharing adalah masa tindakbalas yang baik.
·         Penjadualan : Round Robin (ada masa insan (time slicing)).
·         Program yang dilaksanakan mempunyai giliran keutamaan yang meningkat  semasa          menunggu dan menurun selepas khidmat diikuti. 


 1.3.3      Sistem Pengoperasian Agihan (Distributed O.S)

Sistem komputer agihan adalah satu gagasan sistem komputer yang boleh berkomunikasi dan bekerjasama antara perkakasan dan perisian (saling berhubung melalui hubungan komunikasi dan protokol).
           
Objektif utama sistem pengoperasian ini adalah lutsinar.  Iaitu pengagihan komponen dan sumberbahan disorok dari pengetahuan pengguna dan program applikasi melainkan jika diminta.

 1.4          Contoh-contoh Sistem Pengoperasian.

Terdapat beberapa contoh Sistem Pengoperasian yang terdapat dalam pasaran sekarang seperti  :-

                      i.        MS-DOS (PC-DOS) O.S - Single-user,  single process.
                     ii.        Unix O.S - multi-user time sharing O.S.
                    iii.        iRMX86 o.s. - real-time o.s oleh intel.
                   iv.        WINDOWS
                    v.        OS2 dan lain-lain lagi.














No comments:

Post a Comment