UNIT 8 KONSEP
ASAS PANGKALAN DATA
8.1 Definisi
Sistem Pangkalan Data
Sebelum
membincangkan Sistem Pangkalan Data dengan lebih mendalam, Kita perlu tahu
membezakan antara data dan maklumat.
Data ialah fakta mengenai sesuatu benda, orang, entity,
kejadian dan seumpamanya yang boleh direkodkan.
Maklumat pula ialah data yang telah diproses dan disusun atur ke
dalam bentuk yang boleh digunakan untuk membuat keputusan.
Pangkalan
data dapat didefinisikan sebagai sekumpulan data atau maklumat yang
mempunyai hubungan secara logik diantara satu sama lain. lanya bertujuan untuk
mengurangkan bilangan data lewah.
Data lewah berlaku apabila data yang sama muncul dalam beberapa fail yang berbeza. Data lewah akan mengakibatkan kesamaran di mana mungkin terdapat data yang sama tetapi menggunakan nama yang berlainan.
Sistem Pangkalan Data ialah sistem penyimpanan rekod
berkomputer iaitu satu sistem yang boleh mengemas kini maklumat dan memberi
maklumat tertentu apabila diminta. Sistem Pangkalan Data dibina oleh pangkalan
data dan perisian yang mengendalikan pangkalan data tersebut.
Secara umumnya, sistem pangkalan data terbahagi kepada 2
iaitu:
i.
Sistem pangkalan data terpusat
Sistem pangkalan data terpusat bermaksud terdapat hanya satu pangkalan data sahaja
dimana semua data disimpan pada satu tempat. DBMS diletakkan dalam satu komputer
perumah yang memuatkan pangkalan data. Contoh penggunaan sistem pangkalan data
terpusat ialah di pasaraya, perpustakaan, tempahan tiket kapal terbang dan lain-lain
ii.
Sistem pangkalan data teragih
Sebuah
pangkalan data logikal yang diagihkan kepada beberapa komputer pada
lokasi yang
berlainan tetapi bekerja secara terpadu. Contoh penggunaan sistem
pangkalan data teragih
ialah syarikat insurans multinasional.
Ciri Pangkalan Data
i)
Pangkalan data ialah
sekumpulan data yang logikal dimana data adalah berkaitan antara satu sama
lain.
ii)
Pangkalan Data
direkabentuk, dicipta dan dilengkapkan dengan data bagi memenuhi
kegunaan pengguna tertentu.
iii)
Pangkalan data
adalah mengambarkan maklumat didalam dunia sebenar yang boleh juga dinamakan
sebagai “miniworld”.
Saiz Pangkalan Data
i) Pangkalan
Data boleh dibina dalam bentuk yang ringkas seperti senarai nama dan alamat.
ii)
Pangkalan
Data boleh juga dibina dalam bentuk yang kompleks seperti pangkalan data cukai
pendapatan dan jabatan imegresen.
Komponen
Pangkalan Data
Sistem pangkalan data terdiri daripada 5
komponen penting iaitu perkakasan, perisian, data, tatacara dan pengguna
a) Data
Perkataan data merangkumi fakta yang disimpan di dalam
pangkalan data. Ini kerana data adalah fakta mentah daripada maklumat di mana
ia dihasilkan dan penentuan di mana data di masukkan ke pangkalan data dan bagaimana
dihasilkan data untuk mengendalikan dalam menghubungkan maklumat pekerjaan
pereka pangkalan data.
b) Perkakasan
Ditakrifkan kepada semua alatan elektronik yang dipasang
pada papan litar tercetak dan membentuk kad. Ia boleh dilihat secara fizikal.
Sistem pangkalan data selalunya boleh di kenali pada perkakasan seperti sebuah
komputer mikro, komputer kerangka utama dan ada pula yang memerlukan rangkaian
luas dalam persekitaran pelayan-pelayan.
Kemajuan teknologi komputer memberikan kesan terus kepada
kemampuan suatu sistem pangkalan data. Umumnya sistem pangkalan data memerlukan
ruang memori dan storan yang besar untuk menampung jumlah yang banyak. Ia juga
memerlukan komputer dengan kuasa pemprosesan yang tinggi bagi mengendalikan
urus niaga serentak dalam masa yang singkat.
c)
Perisian
Komponen
perisian terdiri daripada :
i. DBMS iaitu perisian pengurusan
pangkalan data.
DBMS
merupakan sistem perisian yang menyediakan beberapa perkhidmatan kepada
pengguna dan aturcara penggunaan berkaitan dengan pengurusan pangkalan data.
ii. Perisian penggunaan
Perisian
penggunaan merupakan atur cara yang ditulis oleh pengatur cara penggunaan bagi
menyelesaikan satu-satu masalah. Biasanya ia
ditulis dalam bahasa peringkat tinggi seperti C atau COBOL, SQL, Oracle
Corporation’s Oracle dan IBM’s DB2.
iii. Perisian sistem kendalian
Perisian
sistem kendalian adalah penting bagi menyokong DBMS dan membekalkan antara muka
pengguna yang serasi. Kejayaan sistem pangkalan data bergantung kepada
komunikasi yang licin di antara DBMS dan sistem kendalian. Jika sistem
pangkalan data dalam persekitaran rangkaian digunakan, perisian rangkaian juga
menjadi sebahagian daripada komponen sistem pangkalan data bagi menyokong
pemindahan data dan komunikasi dalam rangkaian.
Contoh
perisian sistem kendalian ialah disk operating system (DOS), OS/2 dan Windows
2000, diguna pakai oleh mikrokomputer; UNIX dan VMS diguna pakai oleh
minikomputer; dan MVS diguna pakai oleh komputer kerangka utama IBM .
d)
Tatacara
Adalah suatu arahan dan peraturan yang ditadbirkan dalam
mereka dan menggunakan sistem. Tatacara amat penting dalam sesebuah syarikat
kerana ia boleh menguatkuasakan piawaian di mana menghubungkan perniagaan
diantara pelanggan dan organasasi. Tatacara juga digunakan dalam meneliti sesebuah
organasasi dan mengaudit data melalui pangkalan data dan maklumat dijanakan
kepada pengguna melalui data.
e)
Pengguna
Pengguna boleh dibahagikan kepada pengguna akhir biasa,
pengguna akhir atasan pengaturcara, juruanalisis sistem dan pentadbir pangkalan
data.
i) Pengguna akhir biasa
Tidak
mengetahui mengenai pelaksanaan sesuatu sistem, pengguna berinteraksi
berdasarkan pertanyaan oleh sistem.
Contoh: Pengguna mesin ATM
ii) Pengguna akhir atasan
Pengguna akhir atasan akan memberikan pertanyaan secara
langsung memggunakan bahasa pertanyaan. Mereka menggunakan data untuk membantu
membuat keputusan.
iii)
Pengaturcara
dan juru analisis sistem
Merekabentuk pangkalan data secara
logikal dan fizikal. Menulis aturcara aplikasi untuk pengguna akhir dengan
menggunakan bahasa DBMS atau aturcara COBOL atau C++.
iv) Pentadbir
Bertanggungjawab di atas perancangan, rekabentuk,
ciptaan, penyenggaraan dan kawalan pangkalan data untuk memenuhi kehendak
pengguna.
8.2 Perbandingan Antara Sistem Pangkalan Data
Dengan Sistem Fail
Sebelum
membincangkan perbandingan antara sistem pangkalan data dengan sistem fail,
eloklah kita lihat konsep fail biasa terlebih dahulu.
Sistem Pangkalan Data
i) Data dapat dikongsi oleh beberapa pengguna serentak.
ii) Dalam DBMS. terdapat perisian yang mengawal keserentakan untuk membolehkan proses kemaskini data oleh ramai pengguna
i) Dengan sistem pangkalan data, DBMS dapat mengawal keselamatan data dari digunakan oleh pengguna yang tidak sah.
ii) Melalui sistem ini, data dapat disepadukan dan, memberi kawalan berpusat keatas piawaian.
iii) Selain itu, DBMS memudahkan kemasukan data yang baru dan penyuntingan.
Sistem Fail
i) Data hanya dapat di gunakan oleh seorang pengguna pada satu-satu masa
ii) Fail yang dikemaskini mungkin mengandungi data yangbertentangan dengan data yang sebenar disebabkan pengemaskinian tidak dilakukan oleh pengguna akhir
iii) Data tidak dapat dikawal oleh pengguna
yang tidak sah kerana tiada kawalan keselamatan yang dilakukan.
iv)
Membazirkan
ruang sekiranya terdapat data yang berulang
Kebaikan
dan Keburukan Pangkalan Data
Kebaikan
• Mengurangkan data lewah
• Mengurangkan ralat
pengemaskinian
• Meningkatkan capaian data kepada
pengguna
• Meningkatkan keselamatan data
• Mengurangkan kos kemasukan data,
kos storan dan kos dapat semula
• Mengalakkan perkembangan
aturcara penggunaan yang baru.
Keburukan
• Sistem pangkalan data adalah
rumit, susah dan mengambil masa yang lama untuk direkabentuk
• Kos permulaan perkakasan dan
perisian yang banyak
• Kerosakan kepada pangkalan data
boleh melibatkan semua aturcara
• Kos penukaran yang tinggi
daripada sistem berasaskan fail kepada sistem pangkalan data
• Latihan
awal diperlukan untuk semua pengaturcara dan pengguna
8.5 Bahasa
Pangkalan Data
Sistem Pengurusan
pangkalan data menyediakan beberapa bahasa pangkalan data untuk pengguna:-
i)
Bahasa Definisi Data (DDL)
ii)
Bahasa Manipulasi Data (DML)
iii)
Bahasa Pertanyaan
iv)
Bahasa Hos
Bahasa Definisi Data ( DDL)
Bertujuan membina
struktur pangkalan data iaitu skema luaran, skema konseptual dan skema dalaman.
Ia menukar data yang dijana secara aplikasi dan paras konseptual (pandangan
pengatur cara) kepada paras fizikal (storan data).
Bahasa Manipulasi Data
(DML)
Membolehkan proses manipulasi keatas data
seperti rnencapai/ memasukkan/ menghapuskan/ modifikasi data.
Terdapat 2 jenis
bahasa:
i. DML
paras tinggi
Pernyataan bahasa ini dimasukan kedalam
bahasa aturcara atau boleh berinteraksi terus dari terminal.
ii. DML paras rendah
Pernyataan bahasa ini mesti dimasukkan
kedalam bahasa aturcara
Bahasa Pertanyaan
Bahasa ini subset
(ahli) kepada DML yang khas untuk capaian data sahaja. Ianya dikelaskan sebagai
bahasa tidak bertatacara. Contohnya:- Pengguna memberitahu data/tugas yang diperlukan tanpa menentukan bagaimana ia perlu disempurnakan.
Bahasa hos
Bahasa ini membolehkan
aturcara – aturcara yang ditulis dalam bahasa aturcara paras tinggi seperti
COBOL, FORTRAN dan C bagi mengolah dan mencapai data.
8.6 Sistem
Pengurusan Pangkalan Data (DBMS)
Sistem Pengurusan
Pangkalan Data (DBMS) merupakan sekumpulan aturcara atau satu sistem perisian
yang membolehkan pengguna mencipta dan menyelenggarakan pangkalan data seperti
mendefinisi, membina, dan memanipulasikan data dalam satu pangkalan data.
Mendefinisi pangkalan data ialah menentukan dan menerangkan jenis
data yang hendak disimpan di dalam pangkalan data.
Membina pangkalan data ialah proses penyimpanan data ke atas
media storan yang dikawal oleh DBMS.
Memanipulasi pangkalan data terdiri dari fungsi-fungsi seperti menyoal
pangkalan data mengenai data tertentu, kemaskini pangkalan data mengenai data
tertentu, kemaskini pangkalan data dan menghasilkan laporan (report) dari data
tersebut.
Perisian merupakan
komponen yang penting dalam sistem pangkalan data. Antara pakej yang terdapat
di pasaran ialah:
i) SQL Server, IMS, Oracle,
Ingres untuk kerangka utama dan minikomputer
ii)
DBASE IV, SQL, Access, R- Base dan Paradox
untuk Mikrokomputer
Media storan komputer terbahagi kepada dua kategori
i)
Storan Utama
(Storan Primer)
Terdiri daripada media storan yang dioperasikan terus
oleh CPU (Unit Pemprosesan Pusat) seperti memori utama komputer dan memori
kecil. Storan utama cepat
mencapai data tetapi dengan ruangan storan yang terhad.
ii)
Storan Kedua ( Storan Sekunder)
Terdiri dari peranti storan seperti cakera magnet. Storan
ini lambat mencapai data dan tidak boleh diproses terus oleh CPU. Data perlu
disalin dahu1u ke dalam storan utama untuk diproses.
Terdapat
2 operasi keatas fail iaitu:
i)
Mencapai data
Data
dalam fail tidak berubah. Operasi ini hanya mencari rekod dan nilai medan untuk disemak dan
diproseskan.
ii)
Mengemaskini data
Operasi
ini menukarkan kandungan dalam fail melalui kaedah menyelitkan data baru,
menghapuskan rekod dan mengolah nilai medan
8.7 Skima dan
Kejadian
Skima pangkalan data
merupakan penerangan satu pangkalan data yang ditetapkan semasa merekabentuk
pangkalan data. Rajah 8.12 menunjukkan contoh rajah skima pangkalan data.
Maklumat atau data yang terkandung di dalam pangkalan data tersebut pada satu
waktu tertentu dipanggil kejadian.
PELAJAR
NAMA
|
NO_PEND
|
KELAS
|
UNIT
|
KURSUS
NAMAKURSUS
|
KODKURSUS
|
JAMKREDIT
|
BAHAGIAN
|
MATAPELAJARAN
NAMA
M/PEL
|
KOD
M/PEL
|
TAHUN
|
SEMESTER
|
PENSYARAH
|
GRED
NO_PEND
|
KOD
M/PEL
|
GRED
|
Rajah 8.7: Contoh rajah skima pangkalan data
No comments:
Post a Comment