UNIT
4 : PENGURUSAN
4.0 PENGENALAN
4.1
KONSEP
PENGURUSAN DALAM SISTEM PENGOPERASIAN
Sebelum
kita meneruskan sesi pembelajaran, eloklah kita mengetahui definisi bagi
istilah yang sering digunakan dalam sistem pengoperasian:
Proses : Melakukan operasi atau siri operasi pada
sesuatu supaya
menghasilkan
kesudahan.
Program : Set kenyataan atau arahan yang sesuai untuk pemprosesan
oleh komputer.
Pemproses : Perkakasan yang mentafsir dan melaksanakan arahan.
Dua sebab proses boleh hilang kawalannya ke atas
pemproses ialah :-
i. Permintaan
i/o oleh proses itu
ii. Sampukan dari mana-mana sumber
4.2 PENGURUSAN PROSES
Bila
berlaku proses perlaksanaan atau menambah proses yang baru :-
i.
Sistem
pengoperasian membina struktur data yang dipanggil
Process
Control Block (PCB).
ii. Sistem pengoperasian menyediakan ruang alamat untuk
digunakan oleh proses itu.
4.2.1 Mod Perlaksanaan.
Ø Mod
pengguna
-
Mod
pengguna biasanya program-program pengguna
dilaksanakan dalam mod ini.
Ø
Mod
sistem / mod kawalan / mod kernell
- Hak
keistimewaan mod sistem adalah lebih lagi daripada mod pengguna.
- Mod kernell, perisian mempunyai kawalan yang lengkap
terhadap pemproses dan segala arahan-arahannya,
register dan ingatan.
4.2.2 Process Control Block (PCB)
PCB merupakan struktur data yang mengandungi maklumat
penting mengenai proses yang terdiri daripada:
·
keadaan semasa proses
·
pengenalan yang unik terhadap proses
·
penunjuk kepada induk proses
·
penunjuk kepada anak proses
·
keutamaan proses
·
penunjuk
yang menunjuk proses dalam ingatan
·
penunjuk yang menentukan sumberbahan
·
pendaftar
yang mempunyai kawasan selamat.
4.2.3 Keadaan-keadaan Proses
Keadaan-keadaan proses terbahagi kepada 3 iaitu:
Running - Program sedang dilaksanakan
Ready – boleh
dilaksanakan tetapi kena tunggu sementara
proses lain dilaksanakan
Blocked – tidak boleh dilaksanakan sehingga mendapat i/o
dari Luar
Ø Suspended ialah
proses terhenti dan menunggu sehingga ianya dipanggil oleh sistem atau pengguna.
Ø Resume ialah proses yang terhenti tidak boleh aktif sehingga proses lain ‘resume’.
Sebab-sebab
proses ‘suspend’ dan ‘resume’ perlu :-
i.
jika sistem bermasalah
-
ketika masalah sedang dibaiki sistem berada
di dalam keadaan ‘suspended’’ dan
‘resume’.
ii.
Pengguna ‘suspended’ proses kerana
keputusan proses diragui.
iii.
Sistem terlampau digunakan.
iv.
Ingatan terpaksa dikosongkan untuk proses
yang lain yang
mempunyai lebih keutamaan.
v.
Proses suspend mungkin diperlukan
kerana terdapat proses yang
dicipta untuk memantau sistem pada
masa-masa tertentu.
Proses-proses
yang di dalam keadaaan Ready, Running
atau Blocked boleh suspended dan ianya mungkin berada di dalam
keadaan Ready Suspended dan Blocked Suspended. Bagi proses yang sedang Running yang
disuspended akan berada di dalam keadaan Ready Suspended. Proses yang Suspended akan dipulihkan
semula dan masuk ke keadaan Resume.
Sistem Unipemproses
: proses yang ‘running’ mungkin ‘suspend’
dirinya.
Sistem multipemproses
: proses yang ‘running’ mungkin
di’suspend’ oleh proses yang lain pada satu masa daripada pemproses yang
lain.
4.2.3. PENJADUALAN
Terdapat tiga paras penjadualan iaitu:
i. HLS
(High Level Shcedule) - Penjadualan Paras Tinggi
Menentukan
kerja yang mana dibenarkan bersaing untuk mendapatkan sumber bahan.
Apabila kerja
itu telah mendapat sumber bahan, kerja itu
dipanggil sebagai proses / kumpulan proses.
Ia mengendalikan kerja-kerja yang baru supaya masuk ke dalam giliran. Ia juga memastikan sistem tidak ‘overload’
(bilangan proses yang aktif di bawah level keupayaan sistem).
Jika
pemberatan sistem ditahap maksima, maka
proses baru akan diterima apabila proses semasa tamat.
Jika
di bawah maksimum, proses yang sedang
menunggu akan dipilih berdasarkan skima algoritma yang ditentukan.
ii.
Penjadualan Paras Tengah - ILS (Intermediate
Level Schedule)
Menentukan
proses yang mana dulu bersaing untuk mendapatkan sumberbahan.
Bertindakbalas
terhadap sistem di mana proses akan berada ditahap suspending dan resume
semula jika berlaku system load / proses akan dikeluarkan ke cakera
(dari ingatan).
Bila
berada dalam cakera, proses adalah ‘ready
suspended’ atau ‘blocked suspended’. Proses ‘blocked’ apabila adanya ‘i/o
wait’.
ILS
bertindak sebagai buffer (penimbal) di antara kemasukan kerja baru dalam sitem
dan pengumpukan (assign) kerja-kerja kepada CPU.
iii.
Penjadualan Paras Bawah - LLS (Low Level Schedule)
- Jangka masa operasi adalah HLS dan ILS, beroperasi dalam minit dan saat tetapi LLS beroperasi banyak kali dalam setiap minit / saat (kekerapan yang tinggi).
- Menentukan proses yang mana sedang ‘ready’ diumpukkan oleh dispatcher dan ianya sentiasa diperlukan.
- Dispatcher dipanggil apabila berlaku perubahan keadaan seperti berikut:
i.
Satu sumberbahan diminta.
ii.
Satu sumberbahan dilepaskan.
iii.
Proses-proses yang baru tiba ke dalam sistem.
4.2.4 POLISI PENJADUALAN PARAS BAWAH
Dua jenis penjadualan:
Ø ‘non
preemptive’ - proses yang diambil dari giliran
penjadualan akan dilayan sehingga selesai
Contoh
: SJF, FIFO, HRRN
Ø ‘preemptive’ – Proses yang diambil mengikut tertibnya dan
diperolehi selama masa kuantum yang ditetapkan
Contoh :
Round Robin.
Polisi penjadualan paras bawah terdiri dari:
i.
Yang Dahulu Didahulukan (FCFS)
Ø Berdasarkan
kepada ketibaan proses ke dalam sistem dengan proses yang datang dahulu berada
di hadapan.
Ø Cara
ini paling mudah diimplemenkan dan kebanyakannya digunakan untuk kehidupan seharian.
Ø Masalahnya
apabila proses kecil yang berada di belakang proses yang besar maka proses itu
terpaksa menunggu lama.
Ø
FCFS adalah dari jenis
penjadualan ‘non preemptive’.
ii.
Kerja Ringkas Didahulukan (SJF)
Ø Penjadualan
ini dilakukan dengan menetapkan giliran penjadualan disusun mengikut masa
proses.
Ø Proses
yang memerlukan masa yang singkat akan diberi keutamaan yang lebih tinggi maka
dengan cara ini masa menunggu proses yang kecil dikurangkan.
Ø Bagi
mengelakkan proses besar dari tidak diproses langsung, keutamaan bagi kerja-kerja besar ditambah
setiap kali satu kerja diproses. Misalnya
proses besar = 20, bila satu proses
dilakukan nilainya akan menurun.
Ø SFJ
adalah dari jenis penjadualan ‘non preemptive’.
iii.
Pusingan Robin (Round Robin)
Ø Pusingan
Robin juga dikenali sebagai Penjadualan ‘Preemptive.
Ø Dalam
Round Robin setiap proses disusun dalam satu giliran bulat tanpa
menggunakan sebarang keutamaan.
Ø Satu
proses akan diambil mengikut tertibnya dan diperolehi selama masa kuantum yang
ditetapkan.
Ø
Round Robin adalah dari
jenis penjadualan ‘preemptive’.
No comments:
Post a Comment