Tuesday, 13 November 2012


UNIT 9 :    REKABENTUK MODEL PANGKALAN DATA HUBUNGAN

9.0   MODEL DATA PANGKALAN DATA HUBUNGAN

Kebanyakkan sistem pangkalan data adalah berasaskan model hierarki dan model rangkaian.  Model hubungan baru diperkenalkan pada tahun 1970 melalui satu kertas seminar yang dibentangkan oleh E. F. CODD.  Satu prototaip Sistem Pengurusan Pangkalan Data Hubungan (Relational Database Management System atau RDBMS) yang dikenali sebagai Sistem R telah dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik di Makmal Penyelidikan IBM di Amerika Syarikat diakhir tahun 1970.

Model hubungan yang mempunyai struktur data yang mudah juga telah menjadi penyumbang kepada pembangunan sistem pengurusan pangkalan data bagi persekitaran komputer peribadi seperti Microsoft Access, FoxPro, Paradox dan lain-lain yang digunakan secara meluas hari ini.

9.1   Definisi.
Model hubungan ialah model yang menyimpan data dalam bentuk jadual hubungan. Setiap hubungan dibina oleh berapa rekod atau tupel.

9.1.1 Penerangan

Setiap hubungan berupa jadual atau satu fail. Sebagaai contoh, fail-fail dalam pangkalan data pada jadual 1 adalah satu model hubungan. Terdapat beberapa perbezaan diantara fail dan jadual hubungan.

Apabila satu hubungan digambarkan sebagai jadual yang mengandungi maklumat, setiap baris dalam jadual mewakili sekumpulan maklumat yang berhubung kait. Makllumat ini menerangkan satu entiti atau satu kejadian hubungan. Nama jadual dan nama lajur diguna untuk memberi makna kepada maklumat di setiap baris dalam jadual tersebut.

Jadual 1: Contoh Pangkalan Data Hubungan PELAJAR
PELAJAR
NAMA
NO_PENDAFTARAN
KELAS
UNIT
Suriati
Marina
Shafika
Iskandar
10 DIT 001
10 DTK 112
10 DIT 006
10 DTK 118

DIT 5
DTK 5
DIT 5
DTK 5

IT
TK
IT
TK

KURSUS
NAMA KURSUS
KOD KURSUS
JAMKREDIT
BAHAGIAN
Teknologi Komputer
Teknologi Maklumat
DTK
DIT
20
18
Elektrik
Elektrik


MATAPELAJARAN
NAMA M/P
KOD M/P
TAHUN
SEMESTER
PENSYARAH
Pengurusan Projek
Sistem Pengoperasian
Pangkalan Data
Akitektur
F 404
E 413
E 412
E 411
2001
2001
2002
2002
JUN
JUN
DIS
DIS
Hazlisham
Suhaila
Mirna
Rizal

GRED
NO_PEND
KOD M/P
GRED
10 DIT 001
10 DTK 112
10 DTK 112
10 DTK 007
F 404
E 413
E 412
E 411
2.67
3.00
3.33
2.00

Nama jadual adalah PELAJAR kerana setiap baris adalah maklumat untuk entiti seorang pelajar. Nama lajur seperti NAMA, NO_PENDAFTARAN dan KELAS menetapkan makna bagi setiap nilai data.

9.1.2 Ciri-ciri model Pangkalan Data Hubungan
i.              Rekod dalam pangkalan data hubungan tidak mempunyai susunan yang tetap kerana hubungan hanya mewakili data secara logik/ abstrak sahaja.
ii.            Nilai di dalam rekod adalah tersusun.
iii.           Nilai atribut yang komposit (gabungan) tidak dibenarkan dalam hubungan.
iv.           Nilai null digunakan untuk mengisi nilai atribut yang tidak diketahui atau tidak wujud dalam sesuatu tupel.

Jadual 2: Jadual peribadi pelajar

NO_PEND
NAMA_PELAJAR
TELEFON
ALAMAT
231 DTK 97
147 DTK 99
007 DTK 98
300 DTK 97
Nur Izati
Mukhriz
Kamil
Juwita
04-4645226
03-89255674

04-5495084
Kedah
Selangor
Perak
Pulau Pinang

                                                           
Merujuk kepada jadual 2, pelajar bernama Kamil tidak mempunyai nombor telefon, nilai null diberikan kapada TELEFON untuk Kamil. Mungkin pada masa akan datang, Kamil akan mempunyai kemudahan telefon.

9.2   Struktur model.
Hubungan diantara dua jadual dihasilkan oleh dua atribut dengan domain yang sama, satu domain untuk setiap satu jadual hubungan.

Setiap tupel yang mempunyai nilai yang sama dalam atribut tersebut dikatakan mempunyai hubungan logik, walaupun tidak berada dalam satu jadual yang sama

Struktur storan

Setiap hubungan dikendalikan secara fail berasingan. Tupel disimpan dalam storan tanpa mengikut susunan tetapi struktur storannya ditetapkan oleh pengguna. Model pangkalan data hubungan membenarkan pengguna menetapkan indeks secara dinamik, boleh memilih atribut untuk mengarahkan indeks dan boleh menghapuskan indeks secara dinamik.


9.3      Istilah dalam pangkalan data hubungan

i.              tupel  = baris (rekod)
ii.            atribut = nama lajur
iii.           hubungan = jadual yang dilengkapi oleh baris dan lajur
iv.           domain = jenis data yang menerangkan jenis maklumat yang terdapat dalam lajur.

                                                                                

No comments:

Post a Comment